Monday, January 6, 2014

HUKUM HIDUP


Nak senang, tapi tak nak susah dulu..
Nak cantik/sihat, tapi tak nak cuba/usaha dulu..

Sesetengah orang dilahirkan senang..
Sesetengah orang dilahirkan cantik/sihat..
Rezeki Allah Taala jua yang tentukan.

Tapi jangan dilupa,

Dilahirkan senang, bermakna ada kesusahan lain yang kita tak nampak..
Dilahirkan cantik/sihat, bermakna ada kekurangan lain yang kita tak nampak..
Dan kita, dilahirkan dengan segala 'kesusahan dan kekurangan lain' itu, yang bagi kita adalah satu kelebihan.

Kelebihan untuk mereka, kekurangan bagi kita..
Kekurangan untuk mereka, kelebihan untuk kita..
At the end of the day, masing-masing ingin mencukupkan kekurangan, di samping berusaha mengekalkan kelebihan.

Contoh:

Orang yang dilahirkan cantik, mungkin lahir dari keluarga yang kurang bahagia. Dia pasti akan berusaha membina keluarga bahagia di samping mengekalkan kecantikan.

Manakala kita, dilahirkan kurang cantik, tapi lahir dalam keluarga penyayang dan bahagia. Kita, pasti akan berusaha untuk kelihatan cantik di samping berusaha mengekalkan keluarga penyayang dan bahagia.

Akhirnya, manusia sebenarnya memang tidak pernah puas. Cuma antara nampak dengan tidak. Antara motif yang bersifat fizikal atau melibatkan emosi.

Apapun, itu bukan bermakna kita tidak bersyukur. Azali kelemahan manusia membuatkan diri sentiasa ingin improve dalam setiap aspek.

Sesuatu yang bagus bukan?

Well, bergantung kepada niat dan cara kita melakukannya.

Namun yang pasti, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.

Erti kejayaan subjektif buat setiap individu.

Nak senang, perlu susah dulu..
Nak cantik/sihat, perlu cuba/usaha dulu..

Itulah hukum hidup.

CREDIT TO : http://www.e-nasz.blogspot.com/
Post a Comment