Monday, June 30, 2014

Ibu Hamil Berpuasa

Berpuasa ketika hamil pengalaman Ana tahun lepas ketika itu mengandungkan baby Zahin...ketika itu usia kandungan baru 4bulan lebih..nak masuk 2nd trimester..Ana bertuah cikit la sebab takde la muntah or mabuk teruk...


alhamdullilah puasa 29hari..1hari je tinggal sebab muntah huhu...siapa kata wanita hamil tak boleh puasa..boleh asalkan tidak memudaratkan..dan boleh berbuka bagi yang rasa badan tak larat..dan boleh ganti puasa...dalam Islam fleksible..

Tapi setiap ibu hamil perlu ada persediaan mental dan fizikal untuk berpuasa ketika hamil..bukan apa..persediaan ini boleh membantu memudahkan proses berpuasa kita kan.. minda positif hasil nya positif..

ni sedikit tips Ana share ye..

Jika anda berpuasa tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  1. tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  2. susu atau yogurt rendah lemak;
  3. sup jernih.
  4. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  5. sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  6. protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  7. karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  8. dan, banyak sayur-sayuran.
  9. Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

BERSAHUR
sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  1. nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  2. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  3. dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda terhidrat.
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 






SELAMAT BERPUASA SEMUA ;-)

IKHLAS DARI.......
FARHANA RAMLI
ZULHILMI ALI
MUHAMMAD ZAHIN
Post a Comment