Sunday, September 4, 2016

FREE TRIP TO BEIJING AUG 2016



5 hari 3 mlm journey Tlc bersama hampir 1000 qualifier Shom yg lain adalah satu pengalaman yg paling manis utk dimuatkan didalam kalendar 2016..

Perjalanan selama 5jam50mnit penerbangan Malaysia Airlines menjadi pilihan Shom pd kali ini

Setibanya di Beijing Capital Airport jam 1 pagi waktu tempatan, kami perlu berjalan dan menaiki tren airport sejauh hampir 20minit utk tiba di Imigresen kaunter, tidak boleh bayangkan betapa luasnya Beijing Airport , boleh dikira luasnya hampir 3 kali ganda KLIA

Hari pertama di Beijing kami dibawa ke Great Wall utk menikmati pemandangan indah di waktu pagi, dan for sure utk mengabdikan kenangan indah di lensa kamera kami. Di sini kami diberi waktu memanjat anak tangga Great Wall selama 2 jam sahaja dan melakukan aktiviti bebas bersama kumpulan

Gambar berkumpulan bersama jalur gemilang tanda kami wakil TLC telah tiba di sini

Destinasi kedua selepas menikmati makan tengah hari ... Kilang Sutera
Disini kami ditunjukkan bagaimana proses kain sutera dibuat , yang hasil pengeluarannya dalam bentuk kain pasang ataupun penggunaan lain seperti alas cadar ataupun selimut tebal. Oleh kerana rombongan kami adalah dengan jumlah besar maka mereka memberikan special offer untuk kami semua yang harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di Malaysia

Destinasi akhir kami pada waktu petang ialah melawat ke Stadium Olimpik sarang burung..China menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 2008...Menurut tour guide kami stadium olimpik ini tidak digunakan lagi untuk mana mana acara sukan dan ianya sekarang hanyalah sebagai tempat lawatan sahaja, jadi kami juga datang seperti pelawat lain iaitu untuk bergambar sahaja

Sebelum menikmati makan malam dan pulang ke hotel kami singgah ke Pasar Xiu Shui yang terletak bersebelahan jalan Stadium Olimpik ini

Ini adalah destinasi beli belah pertama kami. Segalanya sudah dirancang oleh tour guide kami memandangkan mereka sangat arif dengan lokasi terbaik untuk membeli belah. Pasar Xiu Shui ini adalah lokasi beli belah untuk cenderamata sahaja, dan setibanya kami didalam kedai kelihatan begitu sibuk sekali tauke kedai melayan pelanggannya dan rombongan kami sangat memenuhi kedainya. Ternyata harga sangat berpatutan dengan promosi yang ditawarkan bagi setiap item

Hari kedua jadual lawatan kami bermula jam 7.15pagi. Setelah siap bersarapan di hotel kami menaiki bas kumpulan masing masing bersama tour guide menuju ke Stesen Keretapi Beijing. Pagi ini kami akan merasa menaiki Bullet Train ke destinasi Tian Jin. Dengan terjalinnya kerjasama pengurusan stesyen keretapi dengan Shom, kami semua mendapat layanan istimewa di mana bas persiaran kami dibenarkan untuk parking betul betul dihadapan entrance stesyen yang mana secara praktikalnya penduduk tempatan perlu parking di luar kawasan stesyen dan perlu berjalan kaki sejauh 20minit untuk memasuki kawasan stesyen. 

Ok , Shom telah charter 1 full train untuk semua usahawan dari group A-F
kami pun tidak pasti kami adalah kumpulan keberapa yang telah menaiki train ini , yang pastinya kami tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket memandangkan Shom telah booked awal tiket untuk kami semua yang berjumlah 1000 orang ini

Laluan Bullet Train ini dari Beijing ke Tian Jin sejauh kira kira 161 km mengambil masa 30minit sahaja dengan kelajuan max pada hari ini 293km/j. Fuhh... Memang laju kan

Setibanya kami di Tian Jin, bas persiaran sementara telah menanti kami di luar stesyen. Bas ini hanya membawa kami untuk bersiar di kawasan Tian Jin sahaja sementara bas persiaran utama kumpulan kami menanti kami di stesyen keretapi Beijing. Ok, di Tian Jin kami dibawa ke satu tempat yang sangat popular bernama Italian Style Street. Di sini semua bangunan mengikut ukiran dan bentuk di negara Italy. Sangat cantik untuk bergambar dan kami semua tidak melepaskan peluang yang sangat berharga ini

Setelah hampir 2 jam menghabiskan masa di sini, kami dibawa untuk makan tengah hari di restoran yang telah ditempah khas disekitar bandar Tian Jin

Selepas sudah menjamu selera kami dibawa semula ke stesyen keretapi untuk pulang semula ke Beijing menaiki Bullet Train 

Pengalaman yang sangat indah di hari kedua menaiki Bullet Train. Walaupun kelajuan keretapi ni memang seperti kelajuan peluru tetapi keadaan berada didalam adalah sangat selesa dan kami bebas untuk berdiri untuk mengambil gambar atau video ikut keselesaan masing masing. Ternayata teknologi China ini sangat maju berbanding dengan negara yang seangkatan dengannya

Setibanya kami di Beijing kami dibawa pulang ke hotel menaiki bas persiaran kami dalam pukul 4 petang untuk persediaan awal Gala Dinner pada waktu malamnya. Di sini waktunya sama dengan waktu di Malaysia tetapi mataharinya terbil awal dan terbenam pun awal sejam, jadi Gala Dinner kami pun bermula awal sekitar jam 6.30 petang...time tu macam dah senja, matahari dah nak terbenam

Gambar gambar kenangan Gala Dinner , semua pun cantik cantik...

Selepas habis Gala Dinner lebih kurang jam 11.00 malam, kami pergi kopi kopi di seberang jalan Hotel...kebetulan salah seorang dari kami adalah birthday girl..so kami buat surprise untuk dia...actually husband dia dah plan awal awal..hehe

Jumaat, hari terakhir kami di sini..
Seperti biasa kami bersiap awal..sebab pagi ni terus check out ..

Jam 630 pagi macam biasa breakfast dulu kat hotel, dan berkumpul di luar hotel tunggu bas seawal 715 pagi

Pagi ini destinasi pertama kami ialah Forbidden City.. Ianya adalah sebuah kota lama..ataupun lebih senang difahami sebagai kawasan kerajaan lama China Dinasti Ming dan Ching sekitar 600 tahun yang lepas..

Lokasi ini adalah antara lokasi paling favorit dan sangat ramai pengunjung datang...menurut Tour Guide kami, Forbidden City dikunjungi ribuan pengunjung saban tahun. Setibanya kami di sini, kelihatan ribuan pengunjung yang majoritinya adalah penduduk China sendiri. Mereka semua beratur panjang dan ada juga yang berasak asak walaupun cuaca panas tetapi tidak terik pada hari itu..
Kami diberitahu yang ada diantara pengunjung rakyat China yang datang ke sini hanya sekali seumur hidup mereka dan mungkin tidak berpeluang lagi untuk datang semula ...memang masuk akal kerana negara China adalah sangat luas dan populasi rakyatnya mencecah 13billion penduduk..

Dari luar pintu utama kelihatan hanya satu bangunan besar seperti istana yang amat tersergam indah..tetapi itulah uniknya binaan mereka dan teknik kejuruteraan mereka walaupun sudah berabad lamanya...

Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam bangunan utama kelihatan satu lagi bangunan yang sama tersergam dihadapan kami..wahh this is really amazing..
Sebenarnya terdapat banyak bangunan yang serupa dibina di dalam kawasan Forbidden City ini..semua bangunan dibina diatas satu garis lurus dan setiap bangunan memainkan peranan yang berbeza untuk kerajaan mereka...boleh dikatakan Forbidden City ini ibarat Putrajaya..pusat kerajaan macam tu lah lebih kurang..

Gambar gambar kumpulan kami di sekitar dalam kawasan Forbidden City, terbayangkan drama drama kungfu China dekat tv3 masa kecik kecik dulu pulak...

Menurut cakap cakap orang , Maharaja  China dahula ada banyak Isteri dan gundik seramai beribu orang dalam satu satu masa pemerintahan..tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, paling ramai gundik raja adalah sekitar 100-200 orang sahaja dalam satu satu masa pemerintahan
Dan didalam istana terdapat kira kira 8000 bilik 


Destinasi kami seterusnya ialah makan tengah hari di restoran nasi Padang, uniknya restoran ini dekorasinya yang sangat cantik seperti didalam istana..

Selepas siap makan tengah hari kami dibawa ke Masjid Niu Jie untuk bersolat zohor..

Selepas siap solat, kami di bawa ke lokasi membeli belah kedua sepanjang kami berada di sini..Tian An Men Square, disini bermacam jenis barangan boleh dibeli dengan kualiti yang ada standard dan boleh tawar menawar sehingga kata sepakat dicapai...kami diberi masa sehingga jam 4 petang sebelum berangkat ke destinasi berikutnya iaitu menikmati makan malam awal disebuah restoran yang telah ditempah khas oleh Shom

Selepas siap menjami selera kami dibawa menyaksikan aksi akrobatik di sebuah lokasi seperti panggung wayang besar..

Selepas selesai menyaksikan aksi akrobatik kami dibawa ke lokasi terakhir membeli belah iaitu di Wang Fu Jin Shopping Street..di sini adalah lokasi shopping yang ada standard dan harga tetap...bermacam barang branded ada dijual disini seperti di Malaysia umpamanya Mid Valley megamall ataupun Pavillion

Waktu tepat menunjukkan jam 9.00 malam, kami berangkat ke Lapangan Terbang Beijing. Oleh kerana check point untuk sampai ke final gate amatlah jauh dan untuk mengelakkan keciciran maka kami di bawa awal untuk check in airport walaupun jadual penerbangan pulang kami adalah pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan

Tepat jam 2.00pg kami semua telah selamat memasuki perut kapal terbang dan selamat tiba di lapangan terbang KLIA pada jam 8.00pagi waktu Malaysia
Post a Comment